PENGHARGAAN DAN DEDIKASI

PENGHARGAAN


            Segala pujian bagi Allah S.W.T yang maha pengasih lagi maha penyayang. Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan taufik dan hidayahNya, Laporan Akhir Latihan Industri ini dapat disempurnakan dengan keizinanNya. Seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik, saya telah sempurnakan program Latihan Industri ini dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu sepanjang satu semester (5 bulan) bermula 28 November 2016 sehingga 14 April 2017 bagi sesi Disember 2016.

Saya MUHAMMAD HAZIQ BIN AZMAN (21DNS14F1010)dari Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang yang mengikuti kursus Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) telah menyelesaikan program Latihan Industri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah(KKLW) dengan jayanya. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang telah saya perolehi dalam tempoh 1 semester (20 minggu) berada di Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah(KKLW) ini.

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah(KKLW) terutama kepada Encik Muhammad Shahrudin Bin Abu Bakar selaku Penolong Setiausaha (ICT) R2 kerana sudi menerima saya untuk menjalani program Latihan Industri di sini. Terima kasih diucapkan kepada kakitangan di Unit Hasil terutama Puan Rabiatul Adawiyah selaku  Pegawai IT (Rangkaian) dan Encik Mohammad Helmy Bin Robani selaku Pegawai IT (Rangkaian) serta staf-staf di sini yang sudah menganggap saya sebagai rakan sekerja dan banyak membantu saya dalam mejayakan program Latihan Industri ini. Segala ilmu yang saya perolehi di sini tidak akan saya sia-siakan walaupun di luar bidang saya kerana mungkin di luar sana pelbagai bidang yang boleh saya ceburi.

Juga diucapkan jutaan terima kasih kepada Unit Perhubungan Latihan Industri (UPLI), Politeknik Balik Pulau iaitu Encik SUNTHEREN A/L YOGANATHAN yang banyak memberi tunjuk ajar dan pengetahuan yang berguna sepanjang saya menjalankan program Latihan Industri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah(KKLW). Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung dalam penghasilan laporan saya ini.

SEKIAN, TERIMA KASIH.
           



DEDIKASI


“Untuk ayah dan bonda yang tercinta seisi keluarga yang disayangi, warga Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah(KKLW) serta semua rakan-rakan seperjuangan Politeknik Balik Pulau yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan sepenuhnya ketika menjalani Latihan Industri ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi kerana banyak memberi tunjuk ajar dan segala ilmu dari segi teori dan praktikal sebelum saya menjalankan Latihan Industri ini.”


PERAKUAN PELAJAR

“Saya akui Laporan Akhir Latihan Industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan.”


                                                                     HAZIQ
Tandatangan          : ………………………………...
Nama Pelajar         : MUHAMMAD HAZIQ BIN AZMAN
No. Pendaftaran    : 21DNS14F1010

                                       14/04/2017
Tarikh                     : ……………….

No comments:

Post a Comment