DAPATAN
Bagi saya Latihan Industri ini adalah salah satu langkah yang terbaik untuk para pelajar kerana ia akan memberi impak yang berkesan apabila pelajar menempuh ke alam dunia pekerjaan kelak. Latihan Industri ini patut diteruskan sahaja oleh pihak Politeknik kerana dengan cara ini dapat menyiapkan diri pelajar untuk merasai pengalaman sebagai seorang pekerja bawahan.
CADANGAN
Pada pemerhatian saya, masih ada kekurangan dan kelebihan yang saya dapat sepanjang Latihan Industri ini dijalankan. Tujuan saya ini tidaklah untuk mengguriskan hati mana-mana pihak tetapi adalah untuk menjayakan lagi program Latihan Industri ini, ianya mungkin akan memberi kesan yang baik kepada pelajar-pelajar praktikal yang akan datang.
Antara senarai saranan dan cadangan saya sepanjang Latihan Industri dijalankan :
1. Pihak Politeknik perlulah menghubungi pihak kementerian untuk mengetahui perkembangan aktiviti pelajar-pelajar yang menjalani Latihan Industri. Dalam hal ini, dapat memberikan kesan yang baik kepada kementerian untuk menerima pelajar Politeknik menjalani Latihan Industri di syarikat tersebut pada masa akan datang. Mungkin juga penyelia ingin menyampaikan beberapa perkara atau aduan kepada pihak Politeknik sekiranya pelajar ada membuat masalah.
2. Pihak kementerian seharusnya menempatkan pelajar praktikal kepada unit-unit atau jabatan-jabatan yang berkaitan dengan jurusan yang diambil oleh pelajar praktikal. Dengan cara ini, para pelajar dapat mengembangkan lagi ilmu yang telah dipelajari dari Politeknik berdasarkan jurusan yang diceburi.
3. Pihak kementerian perlu memberi tunjuk ajar kepada pelajar. Sebagai contoh, apabila pelajar diperlukan untuk membina sistem yang tidak pernah dipelajari sebelum ini maka perlu diajar atau dipantau oleh Unit Teknologi Maklumat kerana mencipta sistem ini banyak memberi tekanan kepada para pelajar.
4. Kakitangan di kementerian ini amat ramah dan mesra. Ianya dapat memberi tunjuk ajar apabila pelajar bertanya. Hal ini, dapat mengeratkan hubungan antara staf-staf di syarikat ini dengan pelajar-pelajar praktikal. Ianya juga dapat memupuk semangat kerjasama antara staf dan para pelajar.
5. Pihak kementerian perlu menyediakan meja lebih untuk staf kerana meja yang lebih itu boleh diduduk oleh pelajar praktikal. Hal ini, pelajar praktikal tidak perlu menumpang duduk di meja staf yang sedia ada. Kerana ia mungkin akan menyusahkan atau mengganggu staf yang duduk di meja tersebut untuk melakukan kerja mereka dan mungkin pelajar akan rasa bersalah kerana mengganggu mereka untuk melakukan tugas mereka.
6. Pihak Politeknik perlu memaklumkan lebih awal kepada pelajar sekiranya ada apa-apa pertukaran peraturan yang baru supaya pelajar dapat membuat kerja dengan sehabis baik. Sebagai contoh, laporan akhir ini diberi pilihan untuk membuat jilid atau blog. Seperti dimaklumkan, sekiranya buat blog tidak perlu dicetak untuk dihantar kepada pensyarah tetapi pelajar dimaklumkan minggu-minggu akhir untuk mencetak sekiranya laporan akhir buat pada blog. Hal ini akan merumitkan keadaan pelajar kerana mungkin pelajar mempunyai masalah dari segi kewangan di penghujung semester yang hanya mampu untuk buat blog sebagai laporan akhir latihan industri.
7. Pihak kementerian perlu menyediakan jadual tugas kepada para pelajar supaya para pelajar dapat menjalankan aktiviti yang telah dirancang mengikut pada jadual yang telah disediakan. Hal ini, para pelajar tidak akan rasa terasing dengan staf-staf lain dan tidak akan membuang masa begitu sahaja sekiranya pelajar mempunyai banyak masa yang terluang.
pinjam yaa buat rujukan tq bro
ReplyDelete