Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia (secara ringkasnya KKLW) adalah merupakan sebuah kementerian yang bertanggungjawab terhadap kemajuan luar bandar di bawah kerajaan Malaysia. Menterinya terkini adalah YB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob dan dua timbalannya YB Datuk Alexander Nanta Linggi dan YB Datuk Hj Ahmad Jazlan bin Hj Yaakub. Ia juga memainkan peranan memajukan desa secara menyeluruh dan berkesan berteraskan nilai-nilai murni, daya tahan dan daya pasaran selaras dengan wawasan negara. Pembangunan luar bandar adalah agenda kerajaan untuk menangani kemiskinan dan kemunduran luar bandar dengan slogan ‘membandarkan’ kawasan luar bandar. Pada awal penubuhan KKLW pada 17 November 1959, ia dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB). Pada 27 Mac 2004, KPNLB dinamakan sebagai KKLW dengan membawa kemasukan tiga agensi iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak, Lembaga Kemajuan Bintulu dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA). Program pembasmian kemiskinan bandar dipindahkan ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
No comments:
Post a Comment