PENGENALAN

PENGENALAN

     Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPTM. Pelajar digalakkan mendapatkan sesebuah organisasi yang boleh menerima sebagai pekerja di organisasi tersebut. Pelajar akan menjalani sepanjang satu semester (20 minggu). Tujuan latihan industri ini disediakan adalah sebagai panduan dan bimbingan kepada pelajar yang akan menempuhi alam pekerjaan pada masa kelak. Diharapkan dengan adanya latihan industri ini, setiap pelajar dapat menimba ilmu yang diperolehi untuk dimanfaatkan setelah mereka mendapat pekerjaan kelak.

     Sebelum menjalani kursus Latihan Industri, pelajar perlu memenuhi semua syarat kelayakan menjalani Latihan Industri iaitu :

  • Telah mendaftar kursus LI.
  • Mendapat Kedudukan Baik (KB) atau Kedudukan Bersyarat (KS) dalam peperiksaan semester sebelumnya.
  • Memperolehi jumlah jam kredit yang yang ditetapkan dengan merujuk Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian. (Sekurang-kurangnya 42 jam kredit).
  • Dilindungi insurans.
  • Telah menduduki dan lulus kursus-kursus prasyarat yang ditetapkan.
  • Memenuhi lain-lain arahan yang ditetapkan oleh pihak Politeknik.

     Walaubagaimanapun. pelajar boleh memilih mana-mana organisasi yang diingini oleh pelajar bergantung kepada faktor-faktor berikut :

  • Kesediaan firma atau jabatan menerima pelajar.
  • Kekosongan tempat latihan yang dipohon.
  • Permintaan dari firma atau jabatan tertentu yang didapati sesuai dengan kursus yang diikuti pelajar di institusi pengajian.

     Tujuan utama buku panduan Latihan Industri disediakan adalah untuk memberi bimbingan kepada pelajar yang akan menjalani latihan industri supaya bersedia menempuh segala cabaran di alam pekerjaan dan sentiasa akur dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik dan juga jabatan atau firma berkenaan. Dengan buku panduan ini, para pelajar dapat menangani segala kerumitan yang mungkin timbul dan seterusnya meneruskan Latihan Industri dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment