KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Menjalani latihan industri merupakan syarat wajib bagi setiap pelajar Politeknik. Ia wajib disempurnakan oleh pelajar yang mengikuti kursus Diploma. Bagi kursus Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian), ia wajib menjalani kursus latihan industri pada semester 6.

      Ketika menjalani Latihan Industri selama 5 bulan, pelajar bukan sahaja didedahkan kepada alam pekerjaan tetapi juga dapat mempraktikkan segala teori dan amali yang dipelajari di Politeknik. Semasa di Politeknik, pelajar didedahkan secara am dan amali tetapi dengan menjalani latihan industri ini juga pelajar dapat mendedahkan tentang suasana alam pekerjaan yang sebenar.

     Latihan industri ini penting agar pelajar tidak takut untuk menghadapi apa-apa kesilapan ketika melakukan kerja. Hal ini kerana, sekiranya pelajar berkenaan telah melakukan kesilapan, ia akan belajar daripada kesilapan tersebut dan tidak akan mengulanginya pada masa yang akan datang.

     Latihan industri mendewasakan para pelajar yang bakal bergelar sebagai pekerja pada masa akan datang. Oleh itu, latihan industri adalah pendedahan awal kepada pelajar untuk bersikap lebih matang. Ia memberikan impak yang berkesan dalam memupuk semangat kerjasama dalam pasukan dan mendidik pelajar yang bakal menjejaki alam pekerjaan supaya menghormati antara satu sama lain terutama pekerja yang lebih senior atau pegawai yang berpangkat tinggi.

No comments:

Post a Comment